top of page

Projek Terjemahan

BUKU GENRE SERAM

KISAH-KISAH SERAM 2 NISA NAB ALYA IERA.png

Kisah-Kisah Seram II

Diterjemahkan daripada Horror Stories 2 karya Tunku Halim

Sambungan buku pertama, Horror Stories yang kini boleh didapati dalam terjemahan bahasa Melayu iaitu, Kisah-kisah Seram 2. Versi terjemahan ini dilengkapkan dengan pelbagai cerita yang bertemakan dendam, rasukan, pembunuhan, makhluk halus serta penculikan yang mampu meremangkan bulu roma anda dan menyukarkan anda untuk pergi ke tandas, lebih-lebih lagi pada lewat malam!

​

Menyeramkan, menakutkan, menggerunkan, dan pastinya pilihan yang terbaik untuk menguji ketenteraman jiwa anda. Anda terlihat sepasang mata pada kulit muka depan buku? Ya, anda sedang diperhatikan. Khas untuk anda yang mahukan PENEMAN!

Semangat Luar

Diterjemahkan daripada Spirits Abroad oleh Zen Cho

Seorang Datin yang mengimbau kembali kisah cintanya dengan orang bunian, seorang pontianak remaja yang menempuhi cabaran zaman remajanya menyiapkan kerja sekolah, berhadapan dengan makcik yang suka mengarah, cinta pertama dan makan orang. Semangat bumi yang terperangkap dalam perundingan yang berlarutan dengan tuan rumah, Chang E yang terbang ke angkasa lepas, metafora terbaik untuk penghijrah Cina.

​

Merintangi alam manusia dan ghaib, SEMANGAT LUAR mengandungi 10 buah koleksi sains fiksyen dan kisah-kisah fantasi berdasarkan budaya Malaysia.

DR.IDRIS KUMP 5_SEMANGAT LUAR.png
51 MALAM KEGELAPAN [DR CHOW YEAN FUN].png

51 Kegelapan Malam

Diterjemahkan daripada 51 Sleepless Nights oleh Tobias Wade

Koleksi pelbagai cerita seram termasuk pengakuan suram seorang pembunuh bersiri, dimensi selari, terperangkap dalam dunia maya dan bertemu makhluk asing purba yang terkubur di bawah kerak Bumi. Syaitan, raksasa, psikopat, mayat hidup, eksperimen gila dan fenomena paranormal. Apa pun yang membuatkan jantung anda berdegup kencang, anda dijamin akan menghadapi ketakutan anda dengan kisah-kisah menakutkan ini.

  • Instagram
  • Facebook
  • LinkedIn

©2021 oleh BATI, Universiti Sains Malaysia.

bottom of page