Projek Terjemahan
BUKU GENRE MISTERI
.png)
Nirjiwa
Diterjemahkan daripada Soulless oleh Rozlan Mohd Noor
Di sebuah lorong belakang yang kotor dan jelek di Kuala Lumpur, mayat seorang wanita muda dijumpai. Dia dibunuh secara sadis dan bahagian mukanya dihapuskan di luar jangkaan sehingga tidak dapat dikenal pasti. Inspektor Mislan Latif dan Detektif Sarjan Johan Kamaruddin dari Bahagian Siasatan Khas (D9) mengetuai kes tersebut. Apa yang membingungkan mereka adalah tiada sesiapa pun yang membuat laporan orang hilang. Oleh itu, wanita muda itu bukan sahaja tanpa wajah tetapi juga identitinya tidak diketahui.
Bedah siasat yang dilakukan oleh Dr.Safia mendedahkan sebuah objek misteri yang dijumpai dalam perut mangsa. Adakah dia dibunuh akibat rompakan yang tidak menjadi? Jika ya, mengapa mereka perlu menghapuskan sebarang kesan yang wanita muda itu pernah wujud? Apabila kes ini menjadi lebih rumit, Mislan dan Johan telah merentasi sempadan dan menemui rangkaian jahat yang berkhidmat untuk individu-individu yang berstatus tinggi, dan akan melakukan apa-apa sahaja untuk menyembunyikan aktiviti-aktiviti tidak berperikemanusian mereka.